Pengikut

18 Jun 2012

Sungguhpun Dirimu Panas


sungguhpun dirimu panas 
namun aku tetap gembira 
tatkala dikau hadir memberikan cahaya..
sungguhnya kadang kala dikau 
mampu membuatkan aku ketawa 
sehingga lupa pada dunia namun 
kadang kala dikau membuatkan aku menangis 
sehingga kering air mata..
namun begitu aku tetap ingin bersama 
dengan dirimu wahai sang matahari.
.terkadang dikau hilang di sebalik awan yang tebal..
tatkala itu hatiku resah menanti kedatanganmu 
kerana tanpamu siapalah aku..
dikau mencerminkan kembali segala sikapku..
sesungguhnya aku mahukan dirimu sentiasa bersinar kembali..
walaupun begitu aku masih memerlukan 
sang pelangi untuk menggembirakan hati ini..
hadirlah kembali wahai pelangi.....


Tiada ulasan:

Catat Ulasan