Pengikut

26 Februari 2012

Alihkan matamu Ke Laut


Alihkan matamu ke laut,
 airnya cantik membiru dan penuh ketenangan.
Tetapi hanya Allah s.w.t sahaja yang tahu rahsia di dalamnya.
Begitulah dengan kehidupan manusia, 
penuh dengan rasa riang dan ketawa, 
tapi hanya Allah s.w.t yang tahu rahsia kehidupannya.
Jika rasa kecewa, pandanglah ke sungai, 
airnya tetap mengalir biar pun berjuta batu yang menghalang.
Jika rasa sedih, pandanglah ke langit, 
Kita akan sedar bahawa Allah s.w.t sentiasa bersamamu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan