Pengikut

Memaparkan catatan dengan label Madah sis Alia. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Madah sis Alia. Papar semua catatan

2 Mac 2012

Bersahabat Hingga Ke Syurga




‎(: .●❤●.. SaLaM MaNis saHaBat ..●❤●. :)

♥ JaNgan kau saNgka kawaNmu yaNg sering
menegUrmu itu adaLah oraNg yaNg paliNg bertaQwa.....
♥ JaNgan kau fikir kawaNmu yang sering menasiHatimu itu
... ... ... adaLah maNusia yang tiDak diuji.....
♥ JaNgan kau iNgat kawaNmu yaNg tegas beragama itu
adaLah maNusia yaNg paLing seMpurna.....

✿~Hakikatnya,,
. Dia meNegurmu uNtuk meNgingatkaN dirinya jua.....
. Dia meNasiHatimu uNtuk dirinya turut berjaga-jaga.....
. Dan dia bertegas dalam hal-hal agama
keraNa risaukan bahaNg api neraka.....
. KawaNmu itu bukanLah MALAIKAT.....
. Dia juga MANUSIA , maka
Bersangka baiklah.....
✿~Dia sebeNarnya mahu meMimpiNmu masuk ke
syUrga bersaMa-saManya !

♥ [BERSAHABATLAH HINGGA KE SYURGA !] ♥ 










Masalah



M A S A L A H

Dimana-mana ada masalah,
Betulkan sahaja apa yang salah..
Setiap insan ada masalah,
... Cuba selesaikan jangan mengalah..
Masalah bukan untuk dikenangi,
Atasi masalah usah dicanangi..
Masalah bukan untuk digelisahi,
Tenang sabar jangan diresahi..
Hadapi masalah dengan tabah,
Jangan risau usah gelabah..
Selesaikan masalah dengan tenang,
Perkara susah menjadi senang..
Jika hidup tanpa masalah,
Hidup hambar tetap bermasalah..
Jangan takut menghadapi masalah,
Hidup ini ada menang ada kalah..
Masalah tidak dapat dielak,
Malang tidak dapat ditolak..
Ada masalah wajib diatasi,
Tingkah laku perlu dibatasi..
Di sebalik masalah ada matlamat,
Di sebalik musibah ada rahmat..
Hadapi masalah dengan menyelesaikanya,
Hadapi hutang dengan melangsaikanya..
Ada masalah jangan lari,
Kelak menyusahkan diri sendiri.....●❤●

Jika Kau Pilih Aku



Jika kau pilih aku,

Sebagai permaisuri hati,
Pimpinlah aku menuju redhaNya,
Bukan membuka jalan untukku,
Melangkah ke neraka.

Jika kau pilih aku,
 Sebagai permaisuri hati,
Tutupla matamu memandangku
kerana rupa, harta dan kelebihanku,
Pandanglah aku dengan kekuranganku,
Nilai kembali niatmu,
Masihkah kau sanggup menghadapi segala kelemahanku.

Jika kau pilih aku,
Sebagai permaisuri hati,
Jangan rosakkan hatiku dengan merinduimu,
Hentikanlah madah2 terindahmu untukku,
Sehingga saat halal itu berlaku.

Jika kau pilih aku,
Sebagai permaisuri hati,
Aku mohon agar kau sandarkan niatmu,
Kepada yg menentukan,
Aku pinta agar kau sentiasa dalam istikharah,
Agar kita kan bisa menemukan insan yg tepat,
Bukan sekadar menjadi bahan ujian sementara.

Jika kau pilih aku,
Menjadi permaisuri hati,
Ketahuilah,
Tidak ku pinta kemewahan dunia,
Tidak ku mahu kaya harta,
Tetapi aku minta,
Jadikan aku suri yang bisa mendapatkan istana di akhirat sana,
Berikan aku jaminan,
Untuk bersamamu lagi sesudah mati dalam redhaNya.

Jika kau pilih aku,
Dan jika Allah mengizinkan aku memilihmu,
Ketahui la,
Aku akan memilihmu keranaNya.
Saat itu ialah apabila aku tahu,
Kenapa kau memilih aku,
Jawapannya ialah “Kau memilih aku kerana Dia”