Pengikut

2 Mac 2012

Masalah



M A S A L A H

Dimana-mana ada masalah,
Betulkan sahaja apa yang salah..
Setiap insan ada masalah,
... Cuba selesaikan jangan mengalah..
Masalah bukan untuk dikenangi,
Atasi masalah usah dicanangi..
Masalah bukan untuk digelisahi,
Tenang sabar jangan diresahi..
Hadapi masalah dengan tabah,
Jangan risau usah gelabah..
Selesaikan masalah dengan tenang,
Perkara susah menjadi senang..
Jika hidup tanpa masalah,
Hidup hambar tetap bermasalah..
Jangan takut menghadapi masalah,
Hidup ini ada menang ada kalah..
Masalah tidak dapat dielak,
Malang tidak dapat ditolak..
Ada masalah wajib diatasi,
Tingkah laku perlu dibatasi..
Di sebalik masalah ada matlamat,
Di sebalik musibah ada rahmat..
Hadapi masalah dengan menyelesaikanya,
Hadapi hutang dengan melangsaikanya..
Ada masalah jangan lari,
Kelak menyusahkan diri sendiri.....●❤●

Tiada ulasan:

Catat Ulasan