Pengikut

5 November 2012

Jika Tuhan Memberikanku Pilihan



Jika Tuhan memberikanku pilihan diciptakan menjadi apa…
Aku ingin menjadi mentari,
kerana ku ingin menyinari dunia
menemanimu sepanjang waktu pagi
dengan menyimbahkan cahaya paling indah dan tenang buatmu
bahkan
aku ingin menjadi bulan ataupun bintang
kerana ku ingin menciptakan malam yang indah
untuk dirimu menatapi malam dengan suasana tenang dan damai
sentiasa tersenyum dengan keindahan malam
namun
AKU INGIN lebih MENJADI TANGAN dan KAKI untukmu
kerana bila kau menangis
ku ingin menjadi jemari halus yang mengesat dan mengusap air matamu
ketika dirimu tersungkur
ku ingin menjadi kaki yang tak pernah lelah untuk melangkah
dan membawa mu menuju jalan kebahagiaan 




Tiada ulasan:

Catat Ulasan